My Lovely Guest

Friday, April 6, 2012

Hari terkahir kt Korea

sambungan....

hari terakhir kt korea...sedih plak rsa..sebak hati taw..nk tinggalkn korea yg super duper awesome...hehehehhee
tmpt pertama pegi tempat jual herba..tpi olh kerana kmi x minat...so x beli la apa2..

pas2 samung bli kat silk shop..mesti beli sbb sy suka kaen2 ne..beli utk mama nd dri sendri....lpas2 kita pegi namsan tower...namsan hanok village pas2 pegi dongdaemun..namdaemun...duty free shop...pas2 balek2..bye2 korea...awk mmg amazing..tpi malaysia tetap kt hati :)

Namsan Tower merupakan menara kepada CJ Seoul Tower dan juga dikenali sebagai Seoul Tower. Ia berfungsi sebagai menara komunikasi dan menara pemerhatian. Menara ini terletak di Gunung Namsan di tengah-tengah Seoul. Namsan Tower mula dibina pada tahun 1969 dengan kos $2.5 Juta dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1980. Semenjak itu, Namsam Tower telah menjadi mercu tanda Seoul.



Kampung Hanok Namsan merupakan sebuah kampung yang terdiri daripada rumah tradisional Korea yang terletak di Gunung Nam. Kampung ini didirikn sebagai peringatan kepada ulang tahun kota Seoul yang ke-600 tahun dan ia memiliki keluasan 8000m persegi. 

Kampung ini membawa kembali peringatan zaman dahulu Korea dan di sini juga terdapat pelbagai permainan tradisional, pakaian dan adat budaya Korea yang ditunjukkan kepada pelawat.

Selepas tamat lawatan di Namsan Hanok Village, ke Namdaemun Market. Namdeamun bermaksud pintu besar selatan dan ia terletak di kawasan pinggir bandar. Pasar Namdaemun ini juga merupakan pasar borong terbesar di Korea yang berkeluasan 10 hektar dan terdiri daripada 1000 gerai dan beberapa pasaraya. Kawasan perniagaan yang menjual jenis barang seperti pakaian, kasut, fabrik, ginseng dan pelbagai lagi barang Korea. Ini dapat dilihat bahawa pasae Namdeamun ini menyumbang kepada pembangunan ekonomi rakyat setempat dan Korea Selatan.

Selesai sahaja lawatan, kami bergerak ke Donghwa Duty Free Shop dimana barang berjenama daripada seluruh dunia dijual di sini dengan harga yang selepas potongan cukai. Di sini juga menjual barangan buatan Korea seperti produk kraftangannya.



namsan tower






hanok village






No comments:

Post a Comment